Salam Syawal semua,
Kemainkn entry sye kali nie, info kesihatan..Bkn nk update pic raye pon,hehe...kne tunggu byk pic baru nk update:P Actlly, da lame nk entry tp xsmpt nk bukak blog, bukak blog just nk lihat perkembangan kawan2 je..huhu..Adik sye y skrg praktikal kt hospital pon selalu pesan supaya buat ujian pap smear nie,huhu.. Mane larr akaknyer nk dgr, kalo dgr cm skit jek, terus fikir beribu-ribu kali nk buat..hehe..maklumla, teringat lagik sakit2 time nk bersalin dulu, eheh...
Erm, semalam akak pengasuh Qasih pon bgtau dia da buat. ujian nie.Dia ckp TAK SAKIT sgt, xderla smpi nk menangis...huhu, yeker??cm berminat..xsmpi 3saat, da siap..eh, yeker nie?Cm interested la sye dgr..huhu..Apepon, untuk kita kongsikn info nie untuk panduan bersama:)
Siapa yang patut melakukan pap smear?
Wanita yang sudah melalui hubungan seksual terdedah dengan risiko kanser pangkal rahim (serviks). Hubungan kelamin yang pertama sahaja sudah cukup menjadikan permukaan pangkal rahim terdedah dengan virus dan kuman.

Pada permukaan pangkal rahim terdapat 'transformation zone yang diselaputi sel awal yang sensitif. Sel ini boleh berubah menjadi sel kanser jika terdapat tekanan daripada virus dan kuman.
Dalam masa 2 atau 3 hari ujian, keputusan sama ada pesakit dijangkiti atau tidak kuman virus papiloma akan dapat dikesan. Virus papiloma atau dipanggil juga virus ketuat adalah penyebab utama pro kanser. Jika virus ini sudah mencapai 80%, pesakit berisiko tinggi untuk mendapat kanser pangkal rahim.
Tidak ada had umur tertentu bagi pengidap kanser pangkal rahim. Gadis yang sudah aktif dalam hubungan seksual dan baru berusia 16 tahun mungkin boleh mengidapnya.
Tidak ada had umur tertentu bagi pengidap kanser pangkal rahim. Gadis yang sudah aktif dalam hubungan seksual dan baru berusia 16 tahun mungkin boleh mengidapnya.
Siapakah mereka yang paling berisiko tinggi?
Semua wanita yang pernah melakukan seks adalah berisiko untuk dijangkiti kuman pada pangkal rahim. Tetapi yang paling berisiko tinggi dan digalakkan supaya melakukan pap smear dengan segera ialah:
* Wanita berusia muda yang sudah terdedah dengan hubungan seks.
* Mereka yang kerap bertukar pasangan.
* Mereka yang tidak menjaga kebersihan faraj sehingga mudah dijangkiti sebarang kuman.

Berapa kali ujian diperlukan?
Syor daripada kedoktoran Amerika Syarikat menggalakkan supaya wanita yang pernah melakukan seks menjalani ujian pap smear sekurang-kurangnya setahun sekali atau mengikut nasihat doktor. Wanita yang sering melakukan hubungan seks khususnya para isteri, disarankan 1 atau 2 tahun sekali. Mereka yang melebihi usia 40 tahun disyorkan setahun sekali.
Ujian pap smear tidak akan dilakukan dalam jarak waktu yang kerap kerana kadar pengesanan tidak ketara. Malah hasil ujian juga tidak akan dapat memberikan jawapan yang tepat.
Disyorkan, pada peringkat awal (pertama) melakukan seks, terus melakukan ujian pap smear kerana dikhuatiri pasangan telah dijangkiti kuman atau virus.
Adakah ujian pap smear tepat?
Ujian pap smear memang tepat dan tidak pernah salah dalam memberikan jawapan. Oleh itu mereka yang sudah dikesan dijangkiti kuman, diwajibkan membuat ujian pap smear seterusnya atas nasihat doktor.
Kedudukan pesakit ketika menjalani ujian boleh mempengaruhi keputusan. Teknik pengambilan kulit pada permukaan pangkal rahim yang tidak tepat boleh menyebabkan kesukaran untuk mendapatkan keputusan.
Kedudukan pesakit yang disarankan ketika menjalani ujian ialah berdepan (seperti dalam proses bersalin) atau cara mengiring. Tetapi kedudukan berdepan lebih disarankan kerana ini memudahkan proses ujian.

Bagaimanakah ujian Pap Smear dilakukan?
Pemeriksaan faraj akan dilakukan dengan mengunakan speculum. Kawasan dalaman faraj dan serviks akan dilihat dengan mata kasar. Setiap ketidaknormalan akan diperiksa dengan teliti.Dengan mengunakan kayu kayu kecil (spatula) sel-sel pada bahagian serviks akan diambil dan akan dismear pada permukaan slaid. Slaid ini kemudiannya dihantar ke makmal untuk diproses sebelum dibuat pemeriksaan mikroskopik.
Bilakah waktu yang sesuai untuk ujian Pap Smear dilakukan?
Ujian mudah ini boleh dilakukan pada bila-bila masa anda tidak didatangi haid kerana sel darah merah boleh mengganggu pemeriksaan mikroskopik. Sebolehknya elakkan hubungan seks pada malam sebelumnya.Persediaan wanita sebelum ke klinik untuk melakukan ujian:
* Digalakkan datang selepas haid kering atau dalam peringkat pertengahan pusingan haid.
* Tidak boleh bersama (melakukan seks) dua hari sebelum berjumpa doktor kerana ditakuti ciri-ciri yang dikesan mempengaruhi keputusan.
Apelagi, jom kte same2 p buat appointment..huhu..
Sekian...