Wednesday, February 23, 2011

Manusia yang didoakan oleh Malaikat..

 Salam ols, hari nie i berkongsi email y dihantar kpd i oleh seorang hamba Allah SWT untuk renungan kita semua....Semoga kita adalah salah seorang daripadanya, Amin....;)
 
PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan. Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat.

Allah SWT berfirman, "Sebenarnya (malaikat-malaikat itu) adalah hamba-hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintah- Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang dihadapan mereka dan yang dibelakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa ' at melainkan kepada orang - orang yang diredhai Allah, dan mereka selalu berhati-hati kerana takut kepada-Nya." (Surah Al Anbiyaa ' , ayat 26-28)
Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.


Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci." (hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/37)

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ' Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia. ' " (Sahih Muslim no. 469)

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Imam Abu Dawud (dan Ibnu Khuzaimah) dari Barra ' bin ' Azib r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan." (hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud I/130)

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Para Imam yaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf-saf." (hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/272)

5. Kalangan malaikat mengucapkan ' amin ' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya, "Jika seorang imam membaca ' ghairil maghdhuubi ' alaihim waladh dhaalinn ' ...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), maka ucapkanlah oleh kamu ' aamiin ' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu." (Shahih Bukhari no. 782)

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: " Para malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat, selama ia belum batal wudhu ' nya, (para malaikat) berkata, ' Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia. ' " (Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir menshahihkan hadis ini)

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawaRasulullah SAW bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?" Mereka menjawab: ' Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat. ' " (Al Musnad no. 9140, hadis ini dishahihkan oleh Syaikh Ahmad Syakir)

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda ' r.a. bahwasanya Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ' aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan. ' " (Shahih Muslim no. 2733)

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ' Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak. Dan lainnya berkata, ' Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang pelit. ' " (Shahih Bukhari no. 1442 dan Shahih Muslim no. 1010)

10. Orang yang sedang makan sahur.

Imam Ibnu Hibban dan Imam Ath Thabrani, meriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur." (hadis ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhiib wat Tarhiib I/519)

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Imam Ahmad meriwayatkan dari ' Ali bin Abi Thalib r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh." (Al Musnad no. 754, Syaikh Ahmad Syakir berkomentar, "Sanadnya shahih")

12. Seseorang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain.


Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dari Abu Umamah Al Bahily r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah diantara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya bershalawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain." (disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Kitab Shahih At Tirmidzi II/343)
Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat.

Friday, February 18, 2011

Qaseh...oh qaseh

Salam ols..
Rasenya......
makin lame, makin xsmpt nk update blog skrg..
makin lama, makin kurang idea nk tulis ape kt sini,hehe
makin lame lagi, rasenya i da lupe mcm mane nk 'sign in'..haha
tue memang da melampau kn:p

Knp tetibe i rajin nie nk update?
actlly nk kongsi perasaan ng korang semua ttg perkembangan qaseh skrg:)
dia sudah semakin meningkat alam kanak2...da xjadik bayi dah..umur 1 tahun 4 bulan..

suke ajk main2 ngn dia, kalo xlayan mengamuk..
suke tlg umi mengemas umah, kesian umi xde org tolong
suke bile umi bg duuit, pastu amik kasut nk g beli askem kt bawah
suke bile p pasar tani, nnt abi beli bola lagik....
dan byk lagik la menda baru y dia suke, smpi kn da naik sawan kekadang, haha


tapi bile umi sibuk, xsmpt nk layan dia main
bile umi balik lmbt, xsmpt nk peluk cium dia
teros nk ke dapur masak pulak....
bile umi penat, umi ajak dia tido jek
sian ank umi sorang nie:(

Sambil2 menaip nie, terase sayu jek smbil nk tgk qaseh wat ape diam2 tue...
I toleh2 jek, tgk dia sedang 'melipat baju'??!!
Qasehhhhhh!!
buat ape tue?!........ terus dicampakny baju2 smbil jerit balik kt i...Aaarrrrrrr!!!.hahaha
lawak la kamu nie, kite jerit kt dia, dia lawan balik:P



Esok jekla umi lipat, ngantuk da nie,
dahla bab2 melipat kain nie, mmg tunggu 2 hari baru nk lipat:P
sib baek la sok cuti sayang, kamu nk suh umie kemas almari baju la tue:P


Sebenarnya ape y i nk ckp nie???hehe
Pesanan penaja untuk diri sendiri n u ols ,
Luangkn lah mase untuk ank2 kite...
Kerana....
mereka ingin dibelai, dimanja, disayangi, dipeluk, didodoikn tidurnya...diberi perhatian sepenuhnya...
dan jgn lupe jaga kelakuan kite sebagai ibu bapa
kerana Anda sedang diperhatikan..hehehe

Gud Nitezz....zzzz:)

Thursday, December 23, 2010

2nd Anniversary:)

Salam semua..:) hari nie, baru ceria cket n bersemangat nk update belog, sib baek la tgk2 xde lagik kulat/bakteria y bahaye kt sini,haha..Maklumla mmg xupdate selalu mcm Dakcik, Ajila n Cik Sab...huhu...Sory u ols, u ols tau kn knp sebab2nya:)

Okeyla,  balik kpd citer asal, sambutan secara sederhana pada hari ulangtahun perkahwinan sye dgn En. Pais...Acttly, kami xrancang pn nk sambut, disebabkn qasih dmm dkt seminggu dan sye pon selalu risau pasal dia, tambahan pulak Doktor bagitau y my Princess drahnye rendah, sgt merisaukn umi plk...Doc pon bleh tny samada umi n abi ade Talasemia...hurm, hopefully, bulan Januari nie ade perkembangan y baik.  Pemakanan mmg harus dijaga n pastikn dia dapat makanan y berkhasiat...Xsanggup saye tgk dia menangis lagik amik darah..So sad....:( 

So, dipendekkan cerita, nasib baik ade abg y baik hati untuk masakkn kami nasi ayam hainan..Paggi tu jugak baru nk msj panggil geng2 PF dtg sekali..tp, malangnya dakcik n cik sab xpat dtg,...i kot y wat last minute..Sib baek ade wakil sorg dakajila n afiy, tue pon culik ajila sbb Mr Wadie g Perak..huhu.....Kami lepak smpi mlm, n smpi perut membuyung daa,hehee..mkn jerla keje:P

Sebut pasal ajila, ade cite lawaknyer bile i tny, dia pasal makan, tp time tue da mlm..heheh..cenggini la lebey kurang i tny dia..."Azie ,nk mkn ker?Smbil mata bertentang terus ke mata dia,haha...Spontan ajek dakajila tny kt saye balik, "Wani xnk mkn ke?" dgn muke y serius,hahaaaa....rase nk amik jek pic azie time tue,:P Hairan bin ajaib la saye sbb rasenya baru beberapa jam mkn,kehkeh..jgn marah dakajila :p:ptp i mmg terkejut, habes diet i ,kahkah:P

Hepy Anniversary cayunk:)semoga kita akan kekal selamanya...Amin...
Ajila n Afiy y dtg, mr wadie pon xdak p Perak....


Cmbesh kn??Tp mmg besh,hehee...Sedia terima tempahan:P



Our sweet hearts..huhhu..dak Afiy n Qasih:) kurang 1, sofea xde..:(
Note: u ols, doakan kami yek semoga bahagia hingga ke akhir hayat selamanya....Amin..

Monday, November 1, 2010

DaMia Qaisara is 1

Assalamualaikum semua:)

Huhu, alhamdulillah syukur..Qasih da cukup 1 tahun..Tp sori yekk, lmbt update sbb mase tidak mengizinkn utk sye update story2 kami,hehe.... Minggu lepas,26 Oktober genapla umur dia setahun, tapi umi harusla buat majlis kesyukuran dia weekend day, baru la semua guest boleh attend majlis i,hehe.... So, serba sedikit persiapan telah diatur untuk bufday girl nie.Kek telah ditempah awal bulan lagik, hehe...Chef telah diimport iaitu my brother, Hisyam..hehe..Kebetulan dia baru habes belajar dkt IKBN, Melaka...

Pagi2 lagik, sye bgn tlg abg siapkn bahan2 masak, tgk2 dia bgn siapkn barang2..Wah, rajin sungguh kn dia..hehe..Lately nie pon,selalu bekalkn sye nasi goreng/mihun dtg opis..:P ehehe...Agak kelamkabut gk, sbbnyer Mr Abi masih lagik penat baru balik dr kg, so i ng abg  jerla, tlg setel2 umah cket,hukhuk...Petang lak, dorg nk p tgk Piala Malaysia Kelantan v N.9.  Opsssss, i mmg loikee bile kelantan menang 2-1:P Yabedabeduuu!!!!Tetibe tersasar plaks cerite nie:p

So, majlis nie sangat meriah dengan kehadiran ramai tetamu,yg penting PF mstla ade, saudara2 n kawan2 bola Mr Abi :p ehehe ... Ermm, 3x hokey masak nasik:Pehehe...Luckily, ade Chef tolong, kalo x, i mmg nk cabut lari da,kehkeh....Ramai sgt guest dtg n smpai kami berkumpul kt dapur :P Maklumla, rumah i kecik je,ehehe:P

Akhir kata, majlis nie tetap meriah n sye sendiri berpuas hati..huhu..walaupun smpi mlm ade tetamu dtg:)


Layankn saje gambar2 Bufday Mia nie yekk:P

 kek bufday damia , hehee..

 Bufday gurl...

 Nasi Hujan Panas

antara tetamu yang hadir...

 my Love n sweetheart & my Luvly PF

 Hepy Ending..hehehh

kt Dapur pon jadik,hehe:P 

 Chef Syam menunjukkan skill masak:p Cewahhh

 heheh, macam2 aksi:p

Lagi2 aksi:p

Sekian, wassalam...

Wednesday, October 20, 2010

kasut..oh kasut..

Kasut??knp tetibe ckp pasal kasut nie?hehehe..Xder point da kot nie...:P

Actlly, qasih da mula nk belajar jalan dua tiga langkah, so umi sgt2 excited tuk belikn kasut tuk dia, So, inila mase y sesuai untuk umi mencari kasut2 y dia selesa bila disarungkn....Tapi, kalau beli socks tue, akn dibeli scr online jek, mudah kn..Cuma kalo kasut je, sye beli kt kedai, memandangkan kaki qasih nie panjang cket mcm mr abi:)heheh..Macamlah kaki umi kecik jek kn:P

Happy kn bile tgk ank da mula nk bljr jalan, walaupun sye rase kadang2 dia lmbt cket belajar sesuatu tue, tp syukur alhamdulillah, skrg nie da boleh da cket berdiri n maju setapak dua tiga empatt....heheh..Melalut daaa:P

 Kasut Stoking beli 3 pasang, tp rasenya xok sgt tuk qasih, sebabnye selalu tertanggal jek bila dipkai...

Tp, animal socks nie sgt bagus, mmg sesuai tuk y baru nk belajar jalan...huhu


 yg nie qasih suke pakai...:)


 Belum pakai lagik, sbb besar sgt...Ada aunty y baik hati bg kt qasih:)


Leg warmer sesuai tuk qasih y semakin aktif,huhu....

Sekian, wassalam..

Sunday, October 10, 2010

Update Damia Qaisara_Qasih

Salam..

Pagi-pagi ahad nie, tetibe mood elok jek nk berblogging... Dah lama rasenya saya xupdate perkembangan puteri hati kesayangan Damia Qaisara..:) Al maklumla, 26 Oktober nie genaplah setahun umur dia, persiapan untuk smbutan, insyaALLAH akn dibuat secara sederhana Majlis Kesyukuran untuk Qasih,huhu....

Perkembangan Qasih skrg nie, baru mula nk belajar berjalan, selangkah dua jek y mampu, pastu jatuh...Biasala, time2 macam nie kita kena selalu perhatikan dia, maklum la tgh aktif..huhu...Bercakap pn xbyk sgt,Pengasuh bagitau Qasih byk ckp kt rumah dia, myb ade geng baru dia rajin ckp, ngn umi abi demand lak, diam jek...Bg biskut baru senyum, huhu.....

Pagi nie pulak, saya bawak dia turun ke taman dengan stroller, bg dia hepy cketkn..Yerla, kadang2 kesian tgk dia, umi sik sibuk ngn kerja, balik da lewat, pastu bg mkn, mandi, main kejap, dia pn da nk tdo..Tak banyak mase terluang tuk dia.. So hari minggu la umi nk bersama Qasih...Semalam shopping baju Qasih kt Empire, Subang ,huhu...Sonok gk kt sane, bley p lagiks..Ajk geng PF g main Indoor Slide:)wink..wink..


Okeyhla, layannnn pic terbaru Damia_Qasih:) Manjaku..huhu

 kt taman permainan

 Main cakcak ngn umi la plk, huhu....

 Penat, da xle bukak mata, umi jomm naik tdooo....zzzz


 Hepy bile tau nk p jalan2:P

Alamak, sepatutnya tukar baju...hehee

Thursday, September 23, 2010

Info Kesihatan Para Wanita:)

Salam Syawal semua,
Kemainkn entry sye kali nie, info kesihatan..Bkn nk update pic raye pon,hehe...kne tunggu byk pic baru nk update:P Actlly, da lame nk entry tp xsmpt nk bukak blog, bukak blog just nk lihat perkembangan kawan2 je..huhu..Adik sye y skrg praktikal kt hospital pon selalu pesan supaya buat ujian pap smear nie,huhu.. Mane larr akaknyer nk dgr, kalo dgr cm skit jek, terus fikir beribu-ribu kali nk buat..hehe..maklumla, teringat lagik sakit2 time nk bersalin dulu, eheh...

Erm, semalam akak pengasuh Qasih pon bgtau dia da buat. ujian nie.Dia ckp TAK SAKIT sgt, xderla smpi nk menangis...huhu, yeker??cm berminat..xsmpi 3saat, da siap..eh, yeker nie?Cm interested la sye dgr..huhu..Apepon, untuk kita kongsikn info nie untuk panduan bersama:)


Siapa yang patut melakukan pap smear?

Wanita yang sudah melalui hubungan seksual terdedah dengan risiko kanser pangkal rahim (serviks). Hubungan kelamin yang pertama sahaja sudah cukup menjadikan permukaan pangkal rahim terdedah dengan virus dan kuman.


Pada permukaan pangkal rahim terdapat 'transformation zone yang diselaputi sel awal yang sensitif. Sel ini boleh berubah menjadi sel kanser jika terdapat tekanan daripada virus dan kuman.
Dalam masa 2 atau 3 hari ujian, keputusan sama ada pesakit dijangkiti atau tidak kuman virus papiloma akan dapat dikesan. Virus papiloma atau dipanggil juga virus ketuat adalah penyebab utama pro kanser. Jika virus ini sudah mencapai 80%, pesakit berisiko tinggi untuk mendapat kanser pangkal rahim.

Tidak ada had umur tertentu bagi pengidap kanser pangkal rahim. Gadis yang sudah aktif dalam hubungan seksual dan baru berusia 16 tahun mungkin boleh mengidapnya.
Siapakah mereka yang paling berisiko tinggi?

Semua wanita yang pernah melakukan seks adalah berisiko untuk dijangkiti kuman pada pangkal rahim. Tetapi yang paling berisiko tinggi dan digalakkan supaya melakukan pap smear dengan segera ialah:

* Wanita berusia muda yang sudah terdedah dengan hubungan seks.
* Mereka yang kerap bertukar pasangan.
* Mereka yang tidak menjaga kebersihan faraj sehingga mudah dijangkiti sebarang kuman.

Berapa kali ujian diperlukan?

Syor daripada kedoktoran Amerika Syarikat menggalakkan supaya wanita yang pernah melakukan seks menjalani ujian pap smear sekurang-kurangnya setahun sekali atau mengikut nasihat doktor. Wanita yang sering melakukan hubungan seks khususnya para isteri, disarankan 1 atau 2 tahun sekali. Mereka yang melebihi usia 40 tahun disyorkan setahun sekali.

Ujian pap smear tidak akan dilakukan dalam jarak waktu yang kerap kerana kadar pengesanan tidak ketara. Malah hasil ujian juga tidak akan dapat memberikan jawapan yang tepat.

Disyorkan, pada peringkat awal (pertama) melakukan seks, terus melakukan ujian pap smear kerana dikhuatiri pasangan telah dijangkiti kuman atau virus.
Adakah ujian pap smear tepat?

Ujian pap smear memang tepat dan tidak pernah salah dalam memberikan jawapan. Oleh itu mereka yang sudah dikesan dijangkiti kuman, diwajibkan membuat ujian pap smear seterusnya atas nasihat doktor.

Kedudukan pesakit ketika menjalani ujian boleh mempengaruhi keputusan. Teknik pengambilan kulit pada permukaan pangkal rahim yang tidak tepat boleh menyebabkan kesukaran untuk mendapatkan keputusan.

Kedudukan pesakit yang disarankan ketika menjalani ujian ialah berdepan (seperti dalam proses bersalin) atau cara mengiring. Tetapi kedudukan berdepan lebih disarankan kerana ini memudahkan proses ujian.

Bagaimanakah ujian Pap Smear dilakukan?

Pemeriksaan faraj akan dilakukan dengan mengunakan speculum. Kawasan dalaman faraj dan serviks akan dilihat dengan mata kasar. Setiap ketidaknormalan akan diperiksa dengan teliti.
Dengan mengunakan kayu kayu kecil (spatula) sel-sel pada bahagian serviks akan diambil dan akan dismear pada permukaan slaid. Slaid ini kemudiannya dihantar ke makmal untuk diproses sebelum dibuat pemeriksaan mikroskopik.

Bilakah waktu yang sesuai untuk ujian Pap Smear dilakukan?

Ujian mudah ini boleh dilakukan pada bila-bila masa anda tidak didatangi haid kerana sel darah merah boleh mengganggu pemeriksaan mikroskopik. Sebolehknya elakkan hubungan seks pada malam sebelumnya.

Apa yang saya perlu lakukan sebelum ujian?

Persediaan wanita sebelum ke klinik untuk melakukan ujian:

* Digalakkan datang selepas haid kering atau dalam peringkat pertengahan pusingan haid.

* Tidak boleh bersama (melakukan seks) dua hari sebelum berjumpa doktor kerana ditakuti ciri-ciri yang dikesan mempengaruhi keputusan.






Apelagi, jom kte same2 p buat appointment..huhu..

Sekian...